Dobi layan diri

Laman web untuk 1) pengusaha-pengusaha baru dobi layan diri yang memerlukan tunjuk ajar tentang dobi layan diri cara kami 2) Kolej, Universiti dan Sekolah berasrama yang inginkan pengusaha dobi layan diri di premis mereka.

Blog

MARI BERKONGSI IDEA DAN PENGALAMAN KITA UNTUK PENGUSAHA2 BARU BISNES DOBI LAYAN DIRI

ILMU YANG DIKONGSI BERSAMA ADALAH LEBIH BERMANAFAAT DARI TERPENDAM BEGITU SAHAJA 

view:  full / summary

KEMBALI KE PANGKAL JALAN (PART 1)

Posted by shamsudin on July 8, 2014 at 11:10 AM Comments comments (0)

Salam semua,


Sori dah lama tak update blog ni. sibuk sikit dengan tempahan dan 'pertapaan'. Pertapaan bahasa orang dulu2. Bahasa moden R&D.


Sekali lagi, saya Shamsudin, yang menguruskan blog ni. Kalau nak marah pun sebab tak update blog, senang sikit tau siapa punya angkara.


TERKINI


Persaingan yang sihat. Makin ramai pengeluar timer box kat Malaysia. Lagi banyak pilihan untuk pengusaha. Nak cari yang termurah, yang tercanggih, dan macam2 'yang' lagi. Berita buruk sikit dari kami, harga kami tak turun, tak naik. Camtu jugak. Sebab kami yakin produk kami takde masalah telan duit dan sebagainya. Tapi macam biasa, kami tetap tak puashati dan nak bagi yang terbaik lagi.


Mungkin dalam orang sibuk memperkatakan kehebatan bisnes ni, kami memandang dari segi keburukan yang ada, yang berlaku kepada pengusaha, dengan basuhan free lepas potong wayar sambungan, dengan duit kena curi lepas kotak berjaya dibuka dan masalah2 lain. Kesian la dah beli2 barang, macam2 hal pulak yang timbul.


R&D


Pertapaan kami dibahagi kepada 3 group :


1) Tukang besi -  Di tugaskan ke bukit besi untuk bertapa dalam mencari idea kotak besi anti vandalisma atau sekurang2nya 95% menghampiri ciri2 ni. Ada 2 org yang terlibat, welder / fabricator & machinist.



NCB_04 coin operated new box design


2) Electronic man - Cari idea baru, produk baru, dan apa2 yg baru lagi. termasuk mesin RO water.


3) Electronic man dan tukang besi bergabung untuk menghasilkan versi komersial untuk kedai dobi. Kami dah tak nak jual mesin2 komersial import. Versi komersial modified ni akan mempunyai ciri2 space saving, anti vandalisma dan sebagainya. Yang penting, compact, murah dan hanya perlu sewa kedai separuh 10kaki x 20 kaki.


KENAPA PERLU 'BOX" ANTI VANDALISMA


Yang ni jawapannya mudah je. Rakyat Malaysia ni unik, lain dari yang lain. Kalau setakat bawak masuk timerbox dari China, terus jual kat sini, senang2 je boleh bukak. Timerbox yang diorang keluarkan sesuai untuk tempat diorang, tapi 'not in Malaysia'.


Ye, kita perlukan pembuatan kotak di Malaysia. 'Hanya jauhari mengenal manikam'. Kita je tau camne kreatifnya adik2, anak2 kita kat asrama tu. Kedai dobi pun sama dengan pengaruh persekitaran dan anak2 jiran kita. Tengok je mesin air RO tepi jalan tu, brapa banyak dah kena pecah demi syiling segenggam, ada la RM30 - RM40. Tapi yang pengusaha kena keluarkan kos repair, sampai beratus2.


Maka ramaila berpusu2 menghasilkan timer box di Malaysia. Sekali lagi, bagus, persaingan yang sihat. Jadi takde la pengeluar2 macam kami tidur je tak payah pikir apa2. Kena selalu kreatif dengan idea yang baru untuk kekal bersaing.


BENTUK VANDALISMA YANG BERLAKU


1) Potong wayar - Wayar sambungan dari timerbox ke mesin basuh atau pengering dipotong, dan disambungkan 'direct' ke plug 3 pin. Maka, hidup la mesin basuh atau pengering tu untuk basuhan percuma. 


2) Potong mangga - Menggunakan 'cutter' untuk potong bahagian atas mangga.


3) Potong penyangkut mangga - Guna 'cutter' atau gergaji' dan mangga berjaya dtanggalkan.


4) Tanggalkan acceptor - Ruang terbuka pada 'box' untuk coin acceptor dan notes acceptor agak besar, memungkin tangan2 menyeluk masuk bila berjaya ditanggalkan.

 

PENGHASILAN PRODUK DENGAN CIRI KESELAMATAN BARU (CERITA BERGAMBAR)



Cutting machine - Metal plate cut into pieces for the highest safety metal box fabrication



Bending machine - Platee bending technique increase the metal box strength against vandalisme


Miling machine : Minimum access for acceptors with bolting system hidden inside the box


bersambung ke KEMBALI KE PANGKAL JALAN (PART 2)


shamsudin

PART 4 : PILIHAN MESIN2 YANG SESUAI UNTUK OPERASI DOBI LAYAN DIRI (UJ LUNDRY YG TAKSUB)

Posted by shamsudin on August 22, 2013 at 9:40 PM Comments comments (0)

KISAH DAN TELADAN - UJ LAUNDRY YG TAKSUB


Masih ingatkah kita semua tentang keegoan ayat 'kami adalah peminat mesin LG dari dulu, kini dan selamanya' untuk operasi mesin basuh 7kg topload di asrama? Memang tak boleh 'pakai' la ayat dulu, kini dan selamanya tu. Dari segala sudut lak tu.


Setahun dua ni LG ada buat sedikit perubahan pada mesin basuh 7kg topload. Mungkin sebahagian dari idea untuk 'cost saving', diorang buang paparan 'timer' pada mesin dan fungsi ' auto resume' selepas 'blackout' atau 'power supply cut-off'. Ini bermakna, 7kg topload dah jadi 'low end product' utk diorang.


Sebenarnya tak memberi kesan pun untuk 'timer box' jenis lama. Ye la bila 'power lost', timer box akan 'reset' walaupun timer ada lagi dan 'cycle' basuhan belum abis. Mesin basuh dengan fungsi 'auto resume cycle' pun tak membantu kalau 'timer box' takde 'power off memory function'. Sebab tu kami maintain je guna LG, mangambil kira faktor ketahanan dan penjimatan.


Yang pasti, student terpaksa tambah duit untuk 'complete'kan basuhan atau bawak keluar baju dan biar air bertakung kat dalam. Dan ini menimbulkan kesukaran kepada student dan kami jugak, sebab selalu kena pegi untuk 'clearkan' air bertakung dan pulangkan duit.


Tetapi kini tidak lagi. Inisiatif terbaru kami dan pengeluar 'timer card' berjaya mengatasi masalah ini dengan pembaharuan terkini produk2 bluebox NCB dan seleksi terbaru mesin basuh yang kami gunakan.


INTRODUCING NCB TIMER BOXES WITH MEMORY FUNCTION AND SAMSUNG 7.5KG WASHER



NCB-01 Dipadankan dengan mesin basuh Samsung 7.5kg


Design terbaru dari kami ini mengekalkan momentum kami sebagai perintis untuk teknologi2 baru dalam perkhidmatan dobi layan diri. Pengalaman kami sendiri sebagai pengusaha dobi layan diri banyak membantu kami mengenalpasti segala permasalahan dan mengaplikasikan penyelesaian dalam produk2 Bluebox NCB.


Kelebihan 'timer box' dengan 'timer memory function' dan mesin basuh Samsung 7kg ni mengatasi masalah basuhan tak 'complete' disebabkan 'blackout', 'power trip' atau 'power off' secara tak sengaja. 'Timer' akan bersambung dan tenaga elektrik akan dialirkan semula selepas 'power ON' dan sedondon dengan fungsi 'automatic resume cycle' yang terdapat pada mesin Samsung 7.5kg yang akan menghabiskan cycle basuhan. Kelebihan inilah yang terdapat pada mesin basuh dari jenis komersial dalam menghasilkan basuhan 'complete' dan sering dianggap kelemahan yang ada pada mesin2 basuh dari jenis 'split system'.


Shamsudin

SOFEA YANG LOW PROFILE

Posted by shamsudin on July 7, 2013 at 8:55 AM Comments comments (0)

Pengumuman peng'STOP'an cerita2 motivasi tentang sofea atas permintaan tuan empunya badan. Dah 'delete' dah pun. Sofea dah mula dikejar pakwe2 ibukota setelah tersiarnya cerita tentang kehebatan Sofea. Dan untuk mengelakkan penulis dari disaman, serta menjaga 'hubungan' antara 'client' dan 'supplier', cerita2 motivasi Sofea akan diganti dengan cerita2 motivasi lain.


Harap Maklum,


Shamsudin


PART 4 : PILIHAN MESIN2 YANG SESUAI UNTUK OPERASI DOBI LAYAN DIRI (VERSI MENGALAH DAN LAGI CERITA TENTANG SOFEA!!)

Posted by shamsudin on July 6, 2013 at 9:20 PM Comments comments (0)

Nota kepala :- Ramai yang komen page http://ujelectronic.webs.com yang berbahasa London. Baru nak test skill dalam ber’grammar’, tapi ramai yang buat2 tak faham pulak. Takpe, senarai produk berbahasa ibunda, kami guna muka buku https://www.facebook.com/dobilayandiri1 Dekat page tu ada butang bertanda ‘like’. Faham2 la.

 

Kita dah abis bab mesin2 yang sesuai untuk operasi dobi layan diri di asrama dengan kehebatan mesin ‘split system’ mengatasi mesin2 komersial. Dan kita juga mengendurkan sedikit pendirian dengan  penerimaan mesin2 komersial hanya sekiranya perlu, dengan perubahan cara operasi yang boleh membantu kedua2 pihak, pengusaha dan juga pengguna.

 

Tetapi, untuk operasi dobi layan diri di kedai dobi, masa untuk mesin2 ‘split system’ mengalah sambil mencari sedikit peluang untuk mencelah kalau ada, semata2 untuk mengurangkan sedikit modal permulaan. Modal yang lebih rendah mampu mengundang penglibatan lebih ramai pengusaha disamping beberapa cadangan lokasi baru yang akan diutarakan untuk operasi dobi layan diri.


OPERASI KEDAI DOBI LAYAN DIRI

 

Banyak perbezaan antara operasi dobi layan diri di kedai2 dan asrama. Perbezaan2 ini sedikit sebanyak akan mempengaruhi pemilihan2 mesin yang sesuai yang mampu menjana keuntungan yang paling optimum untuk pengusaha. Antara faktor2 yang perlu dititikberatkan dalam memilih mesin2 untuk kedai dobi adalah:

 

Keseragaman, panorama mesin2 canggih yang solid



Gambar hiasan ; Takde la nak sampai secanggih macam ni. Tapi keseragaman memang menampakkan kecanggihan.


Berbeza dengan asrama di mana pengguna2 belum bekerja yang mencari perkhidmatan murah, pengunjung2 kedai dobi layan diri adalah dari golongan pertengahan yang mempunyai gaji atau elaun tetap yang akan memilih mesin2 dobi komersial berbanding mesin2 split system. Kecanggihan dan keseragaman aturan mesin seperti mesin 2 tingkat juga sedikit sebanyak akan mengundang lebih ramai pengunjung untuk menggunakan perkhidmatan yang disediakan. Pun begitu, dengan sedikit ‘magik’ penggunaan washer home appliance dan dryer komersial 2 tingkat masih dapat mengekalkan keseragaman dan pada masa yang sama mengaburi mata pengunjung untuk tujuan mengurangkan modal permulaan.

 

Bil elektrik

 

Mesin2 pengering menggunakan angin yang dipanaskan untuk menyisihkan air dari pakaian. Penggunaan ‘heating element’ memanaskan angin ini memerlukan tenaga yang banyak, sekaligus menyebabkan bil elektrik yang tinggi untuk mesin2 pengering berasaskan ‘electrical heating element’. Untuk itu, alternatif mesin2 pengering berasaskan gas LPG adalah pilihan yang sesuai untuk operasi kedai dobi.

 

Untuk kedai2 dobi yang menggunakan pendingin (air-con), salur pelepasan angin (venting duct) dari mesin2 pengering perlu disalurkan ke luar kedai. Ini untuk mengelakkan angin panas berkumpul dalam kedai dan memerlukan tenaga elektrik yang lebih untuk air con.

 

Pilihan washer juga bakal mempengaruhi jumlah tenaga yang diperlukan untuk mesin pengering anda. Membekalkan baju dari washer yang berkelembapan paling minimum dapat mengurangkan tenaga yang diperlukan untuk tujuan pengeringan. Ini juga dapat memberi imej yang baik dengan baju yang benar2 kering untuk mengelakkan rungutan pelanggan yang biasa kedengaran tentang baju yang masih lembab selepas pengeringan.

 

Untuk mendapatkan pakaian dengan kelembapan paling minimum, washer yang dipilih perlulah yang dari kelajuan pusingan drum yang tinggi (high spin speed). Untuk kelajuan ini, mesin2 dari jenis top load yang rata2 ‘spin speed’ bawah 1000 rpm bolehlah ditolak ke tepi dari pemilihan mesin. Mesin2 front load adalah pilihan yang lebih bijak dengan ‘spin speed’ kebanyakannya melebihi 1200rpm. Dan untuk mesin2 10kg front load yang kami ketengahkan untuk kedai2 dobi, Panasonic eco navi home appliance nampak lebih sesuai dengan kaler putih yang kami akan seragamkan dengan coinbox putih, dan yang terpenting dengan ‘spin speed’ 1400rpm adalah pilihan terbaik untuk kelembapan paling minimum.

 


Gambar hiasan : High spin speed front load washer


Note : mesin top load tak kira la home appliance atau komersial datang dengan rpm yang lebih rendah untuk mengelakkan mesin bergerak ke hulu ke hilir semasa spin (high centrifugal force)

 

Bil air

 

Teori penjimatan penggunaan air untuk washer adalah lebih jelas (straight forward) dalam membuat pemilihan mesin2 yang sesuai. Mesin top load perlu air yang lebih banyak untuk menenggelamkan keseluruhan baju dan menggunakan teknik arus pusaran untuk menghilangkan kotoran dari baju. Berbeza dengan mesin2 front load yang hanya mengisi separuh dari keluasan drum dengan teknik mencecahkan baju dari permukaan air terus ke dalam dan menghasilkan kocakan2 yang lebih berkesan dalam menghilangkan kotoran. Ini juga memberi jawapan kenapa mesin2 front load menghasilkan kualiti basuhan yang lebih baik berbanding mesin2 top load dan menjadi salah satu faktor dalam pemilihan mesin2yang sesuai.

 

Kapasiti mesin

 

Terdapat beberapa gabungan kapasiti mesin yang biasa digunakan untuk operasi kedai dobi. Lebih tinggi kapasiti mesin, lebih mahal harganya terutamanya washer untuk mesin2 komersial. Pilihan 2 kapasiti mesin ini cuba merangkumi kedua2 kategori pelanggan, bujang dan bekeluarga. Tetapi, penggunaan mesin2 kedai dobi layan diri di Malaysia sebenarnya lebih melingkupi golongan bujang dan mereka yang berkelana yang muatan basuhan lebih sedikit.

 

Idea LG commercial laundry dengan 1 kapasiti 10kg untuk semua,bujang, bekeluarga, basuhan comforter / toto adalah lebih sesuai dengan harga barangan yang agak kompetitif berbanding mesin2 muatan ringan yang lain2. Dan sekiranya pelanggan membawa muatan basuhan yang lebih, bolehlah menggunakan 2 mesin untuk basuhan.

 

SOFEA DAH MAMPU?

 

DELETED STORY
 

Bersambung :



PART 3 : PILIHAN MESIN2 YANG SESUAI UNTUK OPERASI DOBI LAYAN DIRI (VERSI BERDAMAI? & KISAH MENYAYAT HATI)

Posted by shamsudin on June 30, 2013 at 1:20 PM Comments comments (0)

Bila Mesin Komersial Menjadi Pilihan

 


Bersesuaian dengan nama versi berdamai ni, mesin2 komersial jugak tidak harus kita lupakan. Pihak pengurusan IPT juga menjadi titik penentu dalam pilihan kita dalam memilih mesin2. Dan sebagai pengedar yang lengkap dengan kedua2 operasi dobi ‘split system’ dan dobi komersial, kami seboleh2nya tidak berpihak kepada sesiapa dan menyediakan khidmat nasihat kepada semua pengusaha2 .

 


1. Imej ‘ala2 koporat’ penting semasa menghadiri interview atau membuat pembentangan kertas kerja. Ini berpadanan dengan status mesin komersial yang dibawa dan standard tukang2 interview yang rata2nya berjawatan tinggi dalam pengurusan kolej dan universiti. Imej ‘ala2 koporat’ ni sedikit sebanyak boleh mengaburi mata pihak pengurusan berbanding imej biasa dengan safety shoes yang sebenarnya menunjukkan ‘strong technical background’si pemakainya dalam bidang dobi.



Tapi bila dah dapat projek dan berhadapan dengan mesin2 semasa servis, mintak simpan dulu imej2 ‘high class’ ni. Jangan segan silu untuk pegang ‘spanner’. Kena belajar repair sendiri yang simple2. Kalau ada problem, nak tunggu ‘technician’ tak tau la bila boleh sampai. Dekat internet banyak diajar cara2 repair mesin basuh ni.Nak tak nak kena belajar, baru dapat sediakan perkhidmatan tanpa ‘downtime’ yang terlalu lama untuk kerja2 repair.


You need Adobe Flash Player to view this content.

How to replace the pump and belt on a Maytag washer.


2. Rata2 mesin2 komersial yang ada kat asrama sekarang ni dari jenis ‘recon’. Sebab tu mudah rosak dan tersadai. Mesin2 ‘recon’ mendapat layanan ‘2nd class’ dari pengimport utama kerana focus perniagaan mereka adalah mesin2 baru. Ini jugak menyebabkan kesukaran mendapatkan ‘technician’ untuk ‘support’ bila ada kerosakan.


 

Adalah lebih bijak membuat pilihan mesin2 komersial yang lebih murah tetapi ‘brand new’. Pengimport akan terikat dengan anda untuk membuat ‘support service’ dengan jaminan standard ‘spare part’ 1 tahun. Imej syarikat akan semakin terserlah dengan mesin yang baru yang lebih ‘bertahan’ dan memungkinkan anda mendapat projek2 lain.


 

3. Atasi kelemahan cara pembayaran syiling yang ada. Bukan senang nak dapatkan syiling sekarang ni. Kena pulak lokasi IPT2 sekarang ni jauh dari peradaban manusia, duduk di pinggir2 hutan. Anda hanya perlu sediakan Coin Changer untuk kemudahan pelajar2. Mudah mendapatkan syiling, lagi banyak basuhan akan dibuat. Tak perlu coin changer yang harga sampai 10k. Yang 2-3k pun ada.


Gambar hiasan bukan iklan : Coin Changer CTC-01 yang diwar2kan berharga RM2-3k


 

RUMUSAN


 

Sepanjang pembicaraan kita ni, tidak disentuh langsung tentang penggunaan mesin2 ‘front load’ atau muatan depan, tak kira la dari jenis mesin home appliance ‘ split system’ ataupun mesin2 komersial. Dengan kata lain, mesin2 basuh ‘front load’ adalah tidak sesuai diletakkan di asrama. Dengan rata2 pengguna dari kalangan yang ‘berdarah muda’, mereka memilih untuk menghempaskan pintu2 mesin berbanding bersikap lemah lembut dengan menutup secara perlahan2. Ini menyebabkan kerosakan pada ‘seal’ pintu yang digunakan untuk menakungkan air. Terdapat kes yang lebih parah, pintu tercabut dari mesin yang menyebabkan mesin basuh tidak berfungsi.


 

Cadangan mesin2 yang boleh digunakan mengikut rangking Malaysian Association for Laundry (MAFLA) :


 

‘Split System’ dengan timer box gabungan wang kertas dan syiling dipadankan dengan mesin basuh home aplliance LG 7kg top load.


 

Kami peminat mesin LG dari dulu, kini dan selamanya. Guna 2 3 tahun dengan pelajar2 yang ‘hyper-active’ pun jarang berlaku kerosakan. Pintu tercabut tengah2 kami gam je dengan gam ‘3 tan’. Magnet sensor pintu jatuh, gam je belah dalam dekat dengan pcb board. Lepas tu tak tertanggal2 dah. Masih lagi berfungsi, sempat la abiskan kontrak 5 tahun tu.


 

Dan semestinya padanan timer box dengan gabungan wang kertas dan syiling adalah yang terhangat di pasaran. Diorang ada syiling boleh guna syiling, kalau takde guna duit kertas. Siap boleh campur2 lagi. Takde komplen2 dah susah nak cari duit syiling. Pendapatan pun meningkat bila dah upgrade kepada duit kertas dan syiling ni. Paling sesuai untuk lokasi2 yang ada 2 kontraktor beroperasi dalam 1 tempat. Lagi best kalau kontraktor yang 1 lagi gunakan mesin komersial.


Lagi gamba hiasan bukan iklan : NCB-01 Slot belah kiri pada timer box tu untuk syiling, slot belah kanan tu untuk duit kertas


 

Mesin komersial ‘brand new’ Econ O Wash dan Coin Changer


 

Untuk tempat2 yang ‘clear cut’ nak kan mesin komersial, ini adalah pilihan yang paling sesuai. Bila barangnya sama standard dari segi ketahanan dan bentuk, pembeli yang bijak akan memilih harga yang lebih rendah iaitu Econ O Wash.


 

Apa yang kami belum sentuh sebelum ni adalah jenis coin slot yang ada pada mesin2 basuh komersial. Ada jenis ‘coin drop’ ada jenis ‘coin slide’. Coin drop yang biasa2 kita tengok kat mesin2 kat asrama, masuk duit sekeping2 seperti yang terdapat pada Maytag.


Slot Coin drop


Coin slide adalah slot di mana syiling akan diatur di atas slot mengikut caj bayaran basuhan dan di tolak masuk secara serentak. Econ O Wash menggunakan coin slot jenis coin slide ini.


Slot Coin Slide


Naluri pelajar2 yang berdarah muda ni adalah mencuba sesuatu yang baru dan coin slide boleh menjadi titik penentu sekiranya terdapat 2 jenis mesin komersial, Econ O Wash dan maytag.


Sebagai padanan kepada Econ O Wash, Coin Changer adalah ‘accessories’ yang perlu disediakan. Kami mencadangkan ‘setting’ penggunaan syiling 50sen baru untuk Econ O Wash anda berbanding syiling lama yang jawapannya akan anda dapat di dalam ‘kisah menyayat hati’ yang saya akan kongsikan nanti. Coin changer terbaik boleh diisi dengan syiling2 50sen baru untuk digunakan di Econ O Wash anda.


 

Rumusan di atas mengakhiri tajuk pemilihan mesin2 yang sesuai untuk asrama. Ikuti kisah menyayat hati dari kami khas untuk tatapan anda.


 

Kisah Benar Siri Menyayat Hati: Sofea Yang Tak Mampu


DELETED STORY


Thanks


Shamsudin

 


 

PART 2 : PILIHAN MESIN2 YANG SESUAI UNTUK OPERASI DOBI LAYAN DIRI (VERSI BERDAMAI?)

Posted by shamsudin on June 23, 2013 at 5:45 PM Comments comments (0)

3. Pemandangan biasa di lokasi2 mesin basuh di asrama adalah banyaknya mesin2 komersial tersadai tidak berfungsi. Penggunaan mesin2 ‘recon’ jugak memburukkan lagi keadaan dan lebih mudah rosak disebabkan usia ‘veteren’ mesin2 yang digunakan. Pusat2 servis mesin2 komersial hampir kesemuanya berada di sekitar KL dan Selangor. Dan ini menjadi masalah untuk mendapatkan technician bila mesin rosak untuk lokasi mesin di luar KL. Kena ikut jadual technician yang tak berapa ramai, tapi kena jaga seluruh Malaysia. Dan yang paling sengsara, adalah pengguna2 atau pelajar2 yang terpaksa membasuh baju secara manual.

 

Tiada yang ‘perfect’ kalau barang2 elektrik ni. Bila2 masa boleh rosak, tak kira mesin2 komersial body besi ke, mesin2 home appliance body plastic ke. Cuma bezanya mesin2 home appliance ni kat mana2 boleh repair. Tak perlu tunggu technician2 datang. Kos pembaikian pun murah dan cepat sebab spare part senang nak dapat. Takde la lama sangat student kena tunggu dapat semula mesin.

 

Perbaiki Kelemahan Sendiri!

 

Anda jugak perlu menyediakan penyelesaian untuk kelemahan2 mesin home appliance. Kelemahan2 ni memang hampir semua pihak pengurusan IPT dah tau. Sebabnya, kelemahan2 ni dah dijaja oleh pengusaha2 mesin2 komersial untuk menutup kelebihan ‘beraksi’ dengan duit kertas yang ada pada mesin2 home appliance ni.

 

1. Air selalu bertakung pada mesin2 home appliance. Punca2 biasa, power ‘OFF’ ke timer box semasa basuhan tak kira sebab ‘blackout’, ‘breaker trip’ atau plug 3 pin dimatikan dan jugak berpunca dari tekanan air yang tak kuat (slow).

Untuk mengatasi masalah power ‘OFF’ yang menyebabkan basuhan terhenti dan timer box OFF/reset, anda perlulah memilih timer box yang menggunakan power timer card dengan ‘memory function’. Memory function ni membolehkan timer bersambung dan tenaga elektrik dialirkan semula ke mesin selepas timer box mendapat bekalan elektrik semula. Ini sepadan dengan fungsi ‘auto resume’ pada mesin2 basuh home appliance yang akan menyambung semula ‘sequence’ basuhan. Basuhan lengkap bermakna tiada takungan air.



Gambar hiasan bukan iklan : TB-602 dengan memory function yang digunakan dalam produk2 NCB.


Dan untuk mendapatkan basuhan lengkap pada tekanan air yang slow, anda hanya perlu memanjangkan ‘timer setting’ pada timer box untuk memberi masa tambahan kepada ‘water filling sequence’. Tambahan masa ini tidak menyebabkan penambahan caj elektrik yang ketara kerana ‘water filling sequence’ hanya melibatkan tenaga elektrik 12 Volt untuk injap automatik air masuk (automatic water supply valve)

 

2. Masa yang terlalu lama untuk basuhan, berbanding mesin2 komersial yang datang dengan paparan masa basuhan 27minit. Yang ni kita dah ulas sebelum ni, 27minit + 10 minit masa ‘filling + drain’ air = 37 minit, tak jauh bezanya dengan masa basuhan lengkap mesin2 home appliance 7kg dari 40minit ke 50 minit. Di samping itu, masa yang lebih lama dapat memastikan ‘contact’ larutan sabun dan kotoran dalam tempoh yang lebih panjang untuk penghapusan yang lebih berkesan. Design agitator dalam drum untuk mesin komersial juga mengurangkan jumlah air dan merencatkan pembuangan sisa2 buih sabun pada baju berbanding mesin2 home appliance.

 

Bersambung di keluaran akan datang.

 

Shamsudin

 

PILIHAN MESIN2 YANG SESUAI UNTUK OPERASI DOBI LAYAN DIRI (VERSI BERDAMAI?)

Posted by shamsudin on June 20, 2013 at 9:25 PM Comments comments (0)

Pilihan sebenar mesin2 dobi layan diri ini bergantung kepada bajet modal permulaan pengusaha. Yang terbaik untuk kedai2 dobi layan diri adalah dari jenis komersial, yang kami akan perincikan nanti. Pun begitu, pihak pengedar termasuk kami tidak menolak penggunaan mesin2 home appliance yang digabungkan dengan timer box terbaik untuk kemudahan pembayaran oleh pengguna.

 

Mesin yang terbaik untuk asrama pula adalah mesin2 dari jenis home appliance dengan gabungan timer box yang memudahkan pembayaran oleh pengguna. Selain memudahkan pengguna dalam membuat bayaran, harga yang murah dan kos maintenance yang rendah dapat memberi peluang kepada sesiapa sahaja untuk memulakan perniagaan dobi layan diri ini.

Berbeza dengan pilihan mesin kedai dobi yang sepenuhnya ditangan pengusaha, mesin2 dobi di asrama dipengaruhi kehendak pihak pengurusan. Dan sekiranya anda mampu menurut kehendak pengurusan kea rah mesin jenis komersial, teruskan la. Pengedar barangan tidak menolak bisnes tak kira sekecil2 mana jumlahnya.

 

OPERASI DI ASRAMA

 

Ada 2 kumpulan manusia yang bergerak dalam merebut bisnes dobi layan diri di asrama ni. 1 kumpulan yang bermati2an mempertahankan operasi secara split system, tak kira la pengusaha, pengeluar, pengedar, dan sesiapa je yang terlibat. 1 lagi kumpulan yang bermati2an menyerang mesin2 split system semata2 nak tunjukkan kelebihan mesin2 komersial. Dan effect dari percakaran ni dah start nampak. Persepsi pihak2 pengurusan ipt dah mula ke arah mesin komersial dan secara terang2an menolak mesin2 split sistem.

 

Kami sepatutnya NEUTRAL dalam hal ni sebab kami mengedarkan kedua2 sistem, tak kira split sistem atau komersial. Tetapi dalam masa kami jugak ingin membantu mereka yang kekurangan modal dengan memulakan secara split sistem yang lebih murah. Tetapi yang terbaik dan terbijak, push untuk sistem split dulu masa presentation dengan pihak pengurusan. Kalau diorang terima, anda dapat memulakan bisnes dengan modal yang lebih kecik. Tapi kalau tak jalan jugak, baru cakap yang mesin komersial pun anda ada. Jadi Neutral macam kami. Janji dapat bisnes. Tapi macam mana nak push mesin split sistem? Nak cakap apa?

 

Kenali pihak musuh???


1. Pengusaha mesin2 komersial ni ada stail sikit, ala2 koporat camtu. Boleh nampak perbezaan diorang kalau hari interview tu. Ye la sanggup kluar modal RM6500 1 mesin. Kalau 10 biji dah RM65k. Wow!!!Cuma mintak diorang ni kenal dulu mesin sendiri. Yang tengah2 drum tu nama dia AGITATOR. Bukan batang besi kat tengah drum.

 

Soalan simple je tanya kat professor / dekan yang interview tu. Apa pandangan diorang pasal baju bundle pasar malam tu. Baju original second hand dari US. Confirm diorang geli nak pakai. Lepas tu barula bagitau diorang yang 70% mesin2 komersial yang ‘ala2 koporat’ bawak kat asrama sekarang ni adalah ‘recon’. Second hand dari US. Harga RM3,800 ke RM4500. Bukan mesin baru. Imej koporat pun sengkek jugak sebenarnya. Si professor bijak pandai dah terkena ‘barang bundle’.

 

Versi berdamai ni membantu jugak pengusaha2 mesin komersial yang berhati murni. Yang tak menipu dengan mesin2 recon. Tapi kenapa bayar lebih untuk design yang hampir sama. Luaskan scope pencarian brand2 mesin ni. Jangan tau sebut maytag dengan speedqueen je. Mahal mesin tu sampai RM6500. Ni salah 1 brand yang murah sikit.

Gambar hiasan bukan iklan : Econ O Wash

 

Econ o wash ni dari continental girbau US. Tapi parent company sebenarnya Girbau dari Spain. Girbau ni bisnes besar dia industrial laundry. Mesin besar2 untuk dobi hotel sampai beratus kilo punya mesin. Jadi kalau mesin2 light commercial ni pejam mata je la. Harga murah2 je RM5200 je dah dapat brand new. Kalau beli banyak boleh runding lagi.

 

2. Selain dari klasifikasi top load dan front load, mesin2 komersial top load ada tambahan klasifikasi samada jenis traditional model dan high efficiency model (HE model). Untuk mesin front load pulak kesemuanya tak kira komersial atau home appliance adalah HE model.


Tradisional model datang2 dah fix sume. Fix time 27min sequence, jumlah air pun dah fix siap2. Tu la yang kita tengok kat asrama2 tu jenis tradisional model. Kalau HE model, berat baju akan ditimbang dulu dengan pusingan mula2 sebelum isi air. Baru la mesin akan decide time dan jumlah air nak isi. Kalau berat maksimum, cycle time akan maksimum dan jumlah air pun maksimum. HE model ni la yang ada pada mesin2 top load home appliance.

 

Takde masalah pun pasal traditional model tu sebenarnya. Saje je nak share pengetahuan. Cuma kalau diorang duk sembang pasal masa cepat 27minit, tolong campur ±10 minit isi air dengan drain air. Sebab masa 27 minit tu untuk sequence basuh bilas spin je tu. 37minit mesin komersial, 45minit mesin home appliance, takde la hebat sangat.

 

Design ada agitator mesin2 import ni pun not bad jugak. Membentuk pusaran arus air dari bawah sampai atas. Kalau mesin2 takde agitator, arus kuat kat bawah je. Cuma 1 mat saleh tak tau, student2 malaysia kat asrama tu akan sumbat baju selagi muat. Kadang2 share 2 3 orang. Kat sini timbul masalah yang student claim baju rosak kalau guna mesin komersial. Ye la air dah fix banyak tu je, baju sumbat banyak2 sampaikan agitator yang sepatutnya pusing air dah pusing baju sekali. Kat sini tawaran mesin home appliance lagi bagus. Sumbat banyak baju, air akan maksimum, pusaran air akan slow. Baju kurang bersih, tapi takde la sampai rosak baju. Nak bersih jangan overloadkan mesin.

 

Oppps. Penat la bang tulis panjang2. Kita minum dulu!! Nanti2 kita sambung Part 2 pulak.

 

Shamsudin

 

KONSEP TIMER BOX UNTUK DOBI LAYAN DIRI (VERSI EMOSI)

Posted by shamsudin on June 11, 2013 at 4:55 PM Comments comments (0)

Secara Am


Semua orang tau yang untuk mesin basuh beroperasi memerlukan tenaga elektrik dari plug 3 pin dan air dari kepala paip dialirkan kepadanya. Tu 'basic concept' untuk mesin basuh. Untuk dryer, hanya tenaga elektrik sahaja yang diperlukan.


Pengaliran air adalah secara automatik setelah mesin basuh beroperasi. Dengan kata lain, anda mengawal kedua2 elektrik dan air dengan hanya mengawal elektrik masuk ke mesin basuh.


Detail Sikit


Teknik pengawalan elektrik masuk secara berbayar ini diaplikasikan di dalam dobi layan diri 'split system'. Button ON/OFF untuk menghidupkan mesin hanya berfungsi setelah pembayaran dibuat dan timer box mula 'counting' tempoh masa aliran elektrik. 


Berbeza dengan mesin komersial import di mana tenaga elektrik sentiasa  masuk ke mesin untuk menghidupkan 'printed circuit board' atau kad pcb yang mengawal keseluruhan program mesin. Program cycle basuhan hanya bermula setelah pembayaran dibuat.  


Makan Lada Terasa Pedasnya


Ingin ditekankan di sini yang kedua2 sistem ini bukan sistem 'modified'. 'Split system' selalu digembar gemburkan sebagai mesin modified oleh pengamal2 mesin komersial semata2 kegagalan untuk bersaing dari segi kemudahan cara pembayaran yang disediakan. Dalam waktu 'split system' berkembang pesat dengan pelbagai cara pembayaran mengikut peredaran masa dan teknologi, mesin2 komersial masih bersikap traditional dengan duit lama syiling malaysia 20 sen dan 50 sen. 


Yang ni kalau nak cakap modified, memang betul la. Sistem ke - 3 yang ditawarkan oleh sesetengah pengeluar dari 'China" yang menggunakan kotak pembayaran tanpa kad pcb (tanpa timer) untuk mengalirkan tenaga elektrik dan menukarkan kad pcb pada mesin basuh. Yang ni warantty mesin basuh terlupus sebab modified.


Corporate Social Responsibility


Cara pembayaran oleh pengguna bergantung kepada cara pemilihan sistem oleh pengusaha. Kalau kedai dobi layan diri takde masalah sangat mesin2 komersial ni. Kaunter tukaran duit syiling atau mesin tukar duit syiling ada disediakan. Yang jadi masalah bila mesin2 komersial ni disediakan di asrama. Rata2 tak sediakan mesin coin changer yang secara luarannya tak menguntungkan. Tukar RM1 dapat RM1. Mana ada untung. 


Gambar hiasan bukan iklan : CTC-01 Coin Changer


Tapi tahukah anda, kemudahan yang disediakan akan membolehkan penggunaan yang lebih kerap oleh pengguna. Ye la baju dah kotor, nak basuh syiling takde. Tukar je dekat mesin coin changer yang disediakan.  Ala kalau betul2 pun income sama banyak, bagi je la perkhidmatan percuma coin changer kat atas tu. Mesin basuh mahal2 boleh beli.


Raja Di Rimba


Siapa sangka orang Asia lebih hebat, orang Malaysia tersangat hebat, Malaysia Boleh, GUNAKANLAH BARANGAN BUATAN MALAYSIA. Dalam mat2 saleh masih dengan pembayaran guna duit syiling lama, timer box keluaran Asia terutamanya Malaysia ikut perkembangan semasa terima duit syiling baru dan lama, duit kertas baru dan lama. Siap ada timer box yang guna smart card, digiital token. Smart card bukan guna yang cikai ic card lama tu. Sekarang dah CPU card, Contactless RFID Radio Frequency IDentification standard ala2 touch n go tapi dengan 32 bits security code ala2 atm card. Tak boleh 'crack'. Token boleh tukar dekat Token changer, Smart card nanti nak keluarkan topup machine. Semua tu nak memudahkan pengguna, tak nak biarkan kehulu kehilir cari duit syiling. Bukan apa, takut nanti2 keluar lak kajian salah satu punca kegagalan pelajar2 di Malaysia sebab masa banyak habis cari duit syiling nak membasuh.


Sebab apa semuanya boleh? Sebab sistem yang digunakan 'compatible' dengan semua slot2 acceptor, tak kira notes acceptor ke, coin slot ke, token slot ke dan smart card reader. Semua 'compatible' dengan pcb timer card.


Jadi la Pengguna Yang Bijak, Pengurusan Yang Perihatin, Pengusaha Yang Low Class, Pengeluar Yang.....


Pengusaha dulu, low class dalam maksud start bisnes dengan bajet yang lebih kecik tapi untung lebih besar. Letak la mesin basuh yang besi tebal 10 inci tertanam dalam konkrit 10 inci jugak, tetap akan hancur kalau kat hostel. Kita tau sebab kita pun pernah membesar jugak. Tak timbul term heavy duty ni kalau kat hostel. Jadi kita mencari yang murah kos maintenance, yang kat mana2 boleh repair. Kedai Ah Seng pun boleh repair, 2 hali siap, boleh angkat. 2 hari dah boleh generate income semula.


Kalau mesin2 komersial ni nak kena "Maytag Malaysia Sdn Bhd' jugak turun nak repair. Diorang cover service mesin semalaysia. Tu yang mesin bersidai tak boleh guna sampai 2 3 bulan. Nak tanggung repair lagi sampai 5 6 ratus. Income lak tak masuk.


Lagi, pengusaha low class letak pulak timer box yang ada duit kertas ngan syiling. Pengguna senang hati ikut je duit apa ada kat tangan, semua boleh guna. Silap2 baju yang tak kotor pun basuh jugak sebab mudah sangat cara pembayaran.


Lagi gambar hiasan bukan iklan : NCB-01 Gabungan wang kertas dan syiling


Pengguna lak, yang ni adik2 la sebab kebanyakannya pelajar2. Belum ada lagi interview atau sesi pembentangan kertas kerja yang abang2 hadir yang melibatkan wakil2 pelajar. Kadang2 pelik jugak, ni sapa yang nak guna mesin ni? Dekan? Pengarah? Lawyer? Ahli muzik?


Sepatut-patutnya la ada la sorang dua wakil yang nak guna mesin tu. Masa tu baru kita tau apa yang akar umbi nak. Nak cara pembayaran yang menyenangkan kah, atau yang menyusahkan kah? Kualiti basuhan? Sama je, yang ni kita akan detailkan dalam pemilihan mesin basuh dalam keluaran akan datang.


Dan percayalah, setiap yang mahal datang dengan bebanan yang lebih. Kalau bebanan hutang pengusaha, pasti terlampias kepada pengguna dengan caj basuhan yang melebihi kadar standard terkini hiburan sensasi RM2. Nasihat abang, kalau adik2 diberi peluang jadi wakil dalam pemilihan nanti, buat la pemilihan yang tepat yang tidak membebankan rakan2 adik2. Jangan tengok latarbelakang keluarga adik2 yang dilimpahi kemewahan. Tengokla latar belakang rakan2 adik2 yang kais pagi makan pagi kais petang makan petang. Biarla suara adik menjadi suara akar umbi di setiap cawangan.


Pihak Pengurusan Yang Budiman, Tuan, di sini kami sebagai pengusaha2 ingin meminta layanan yang lebih adil untuk perkhidmatan dobi layan diri di premis jagaan pihak Tuan. Sama2 la kita merealisasikan hasrat kerajaan dalam mencapai misi penggunaan barangan tempatan berbanding barang2 import di tahun 2020 nanti. Sayugia diingatkan yang sedikit keperihatinan pihak Tuan dalam memilih perkhidmatan di premis tuan akan menjadi sejuta sinar pengharapan kepada pelajar2 dengan caj basuhan yang lebih murah dan tempoh pembaikian mesin2 rosak yang lebih singkat.


Tuan, Inovasi adalah penting di semua peringkat. Dan kita selalu menekankan kepentingan berinovasi kepada pelajar2 kita dengan pelbagai2 pertandingan inovasi dsb, tetapi dalam masa yang sama kita telah menolak produk2 inovasi tempatan, Mahukah kita jika pelajar2 kita terus dmomokkan dengan kejayaan pihak luar berbanding inovasi2 terbaru keluaran tempatan?


Terdapat jugak rungutan di mana borang2 tender yang dijual kepada pengusaha2 tanpa spesifikasi khusus yang mesin2 import sahaja yang diperlukan telah dijual kepada semua untuk mengaut keuntungan penjualan borang. Jangan disebabkan untung yang sedikit menyebabkan kita lupa pada tanggungjawap yang lebih besar. Fikir2 kan lah.


Pengeluar Yang Hensem, akan terus mengeluarkan barangan2 berinovasi samada mendapat sokongan dari pemilik premis ataupun tidak. Rezeki berada di mana2 kalau rajin berusaha.


Rumusan


Blog adalah tempat kita menulis, bukan tempat kita jual barang. Bukan mewakili peribadi kita, semata2 melepaskan perasaan je. Kalau masa jual barang atau after sale service tu, yang tu la keperibadian sebenar, memang baik orangnya, berbudi pekerti lemah lembut sopan santun.  


Satu cerita untuk dikongsi, ada 2 orang pelajar dari sebuah kolej kecik je contact saya. Nak beli alat yang masuk duit syiling yang hantar nilai duit. Tengok barang abang kat hostel. Coin slot la tu. Diorang nak buat final projek. Barang pun tak kenal, tapi projek hebat. Dah ada sebenarnya teknologi tu kat luar tapi kat Malaysia takde lagi. Tak boleh share la kat sini, kesian lak final projek diorang orang lain tau. Nak ambik duit pun tak sampai hati sebab diorang nak buat projek bukan nak meniaga. Last2 ambik modal je. Tapi kalau jadi projek diorang tu, dan sememangnya boleh jadi pun sebab simple je, projek ni boleh jadikan diorang ni kaya raya kalau jual kat manufacturer. Yang ni la raja di rimba yag kita nak. Bukan raja di singgahsana yang tak mendalami permasalahan rakyat kebanyakan dalam membuat keputusan yang melibatkan rakyat.


Sekian


Shamsudin





PENGUMUMAN PENGAKTIFAN BLOG DAN RUANG KOMEN

Posted by shamsudin on June 9, 2013 at 2:55 AM Comments comments (0)

Masih banyak pertanyaan yang dajukan tentang perniagaan dobi layan diri ni. Untuk itu, inisiatif yang saya rasa perlu adalah menyediakan ruang blog ni untuk sedikit sebanyak berkongsi ilmu disamping menyediakan ruang2 komen untuk orang lain bertanya atau mencurahkan ilmu didada.


Untuk permulaan, dan sebagai sesi berkenal2an, saya Shamsudin, wakil syarikat UJ Electronic yang membekalkan barangan2 blue box yang beroperasi melalui internet buat masa sekarang ni. 


http://ujelectronic.webs.com


Untuk operasi dobi layan diri kami sendiri di asrama2, disamping membantu pemasangan pengusaha2 yang memilih sistem yang kami ketengahkan, kami bergerak dengan nama UJ Laundry di laman web :


http://ujlaundry.webs.com


Selain itu, kami jugak berada di sini :


http://blackboxlaundry.blogspot.com


http://www.majalah.com/?classified:dobi-layan-diri-coin-token-changer-ctc-01:98311DT96J


https://www.facebook.com/uj.laundry


so, jangan malu jangan segan. segala pertanyaan atau komen akan kita cuba jawap bersama untuk mengembangkan lagi perniagaan dobi layan diri ni.


Sekian


Shamsudin

Dobi Layan Diri : Penerangan Pengusaha Baru Dan Peralatan Yang Sesuai

Posted by shamsudin on May 31, 2013 at 9:55 PM Comments comments (0)

Salam semua,

 

Terdapat pertanyaan camne dobi layan diri ini berfungsi dari membe2 yang berminat dengan bisnes ini. Mungkin sebab takde detail penerangan untuk orang ramai. Risau kot2 la ramai yang terlibat, tertutup pulak peluang group2 yang sedia ada.Kalau ada penerangan pun, kena bayar la harga buku, tak pun bayar yuran kursus. Tapi takpe, asalkan harga yang dibayar tu berbaloi. Dapat ilmu lengkap pasal dobi ni. Kat sini, saya cuba terangkan sedetail mungkin pasal dobi layan diri. Harap2 tak boring la membaca dan dapat digunakan dalam menentukan pilihan sistem, mesin, lokasi dsb.

 

Sejarah nama dobi layan diri atau 'self service laundry' ni bersempena pengguna2 kena buat sendiri basuhan dan pengeringan dari A sampai Z. Ramai yang akan teringat dengan cerita Mr Bean dekat kedai dobi layan diri tu. Pengguna akan buat bayaran terlebih dulu pada coinbox atau coin slot yang disediakan.


 Pilihan sistem

 

Terdapat 2 jenis sistem untuk mesin :

 

1) 'imported coin-op washing machine and dryer' yang lengkap dengan coin slot oleh pengeluar

 

2) 'split system' dimana coinbox keluaran China atau Malaysia digabungkan dengan mesin2 basuh dan dryer 'home appliance' yang ada di pasaran.

 

Kita bolehlah buat pilihan dari jenis sistem mesin mana yang nak digunakan, tetapi kebiasaannya dipengaruhi oleh supplier2 yang kita pilih jugak, ikut mesin apa yang diorang ada.

 

'Commercial Coin-op washing machine and dryer'


Continental girbau - commercial coin-op econ o wash



 Continental girbau - commercial coin-op econ o dry

 

Mesin2 ni memang dah siap2 dengan coin slot yang dibekalkan oleh pengeluar. Ada slot yang jenis masuk sekeping2, ada yang jenis slide, atur maksimum 8 keping pastu slide masuk. Ada yang panggil mesin ni mesin original sbb dah 'built in' coin slot. Jenis2 yang ada continental girbau econ o wash dan econ o dry, maytag, speedqueen, huebsch dsb. Kelebihan mesin2 ni bayaran dibuat berdasarkan 1 complete cycle. Kalau air slow ke still tunggu sampai siap. air tak bertakung la.

 

'Split system'


                       Padanan NCB-01 dengan mesin LG top load 7kg


Sistem ni coinbox atau timer box disambungkan ke mesin2 basuh yang biasa kita tengok kat rumah. Current dilepaskan ikut timer. Kalau 50 minit, maknanya 50 minit la current lepas ke mesin. Pengguna boleh guna dlm masa 50 minit tu je. Ada kemungkinan air bertakung kalau air slow, tapi pengusaha boleh tukar setting masa untuk bagi basuhan / pengeringan complete. Ada brand LG, samsung, toshiba dsb. Geng2 mesin original panggil ni mesin modified, tapi sebenarnya tak pun. Dah clear dengan pengeluar mesin, setakat potong wayar supply tak dipanggil modified. Warranty tak hilang.

 

Yang bestnya ada macam2 cara bayaran boleh buat. Ada coinbox syiling je, ada jugak duit kertas je, tapi yang paling best memang la yang ada duit kertas dengan syiling. Ala yang NCB tu. Lepas2 ni nak support coinbox syiling pengusaha2 yang ada dengan bluebox 'coin/token changer' lak. Insyaalah seminggu dua lagi kluar la tu. Coinbox token pun ada nanti sebab boleh guna 'coin/token changer gak. Last sekali yang paling canggih la, smart card coinbox. Alahai kempen la pulak. Sori2.

 

Tapi hati2 dengan 'split system' yang modified mesin basuh. Ada yang tukar computer board mesin basuh nak jadikan bayaran dari coinbox per complete 1 cycle basuhan. Yang ni ilang warranty. Dengar2 cerita ada.


Pilihan Mesin

 

Mesin2 yang digunakan bolehla dipecahkan kepada 3 kategori. Masing2 ada kelebihan dan tak kurang jugak kelemahan.

 

1) Commercial coin-op washer and dryer

 

Untuk mereka yang memilih set 'built-in coin slot dan washing machine'. Dengan harga yang lebih mahal, satu2nya kelebihan tiada masalah air bertakung sebab bayaran dibuat ikut basuhan lengkap, bukan berdasarkan masa. Kelemahan yang pasti. bayaran hanya boleh dibuat dengan samada 20 sen atau 50 sen duit lama sahaja.

 

Terdapat pilihan untuk operasi dryer samada electric heating atau gas heating sebagai pilihan.

 

2) Commercial on premise laundry (OPL) washer and dryer


 

'Split system' ini agak baru dengan menggunakan commercial washer dan dryer yang lebih heavy duty digabungkan dengan coinbox pilihan sendiri samada duit kertas, syiling atau kedua2nya. OPL washer dan dryer ni sama jenis dengan coin-op washer dan dryer, cuma tanpa coin slot.

 

3) Home appliances washer dan dryer

 

Sistem ini adalah yang termurah di pasaran. Menggunakan mesin2 basuh dan dryer yang guna kat umah, dipadankan dengan coinbox yang control power masuk keluar ke mesin. Operasi mesin ini menggunakan timer, kemungkinan air bertakung sekiranya basuhan belum selesai sedangkan timer pada coinbox dah abis.

Masalah ini boleh diatasi dengan menambah timer, bergantung kepada tekanan air.


Pilihan lokasi

 

Secara amnya, lokasi mesin2 dobi layan diri ada 2 :

 

1) Operasi di asrama sekolah, kolej, universiti dsb.


 

Lokasi ni menjadi rebutan pengusaha2, sanggup buat apa sahaja nak dapatkan lokasi asrama ni. Kenapa?, sebab sewa tapak lebih murah, pelanggan2 tetap dari kalangan pelajar dengan jumlah basuhan yang banyak. Pun begitu, caj2 basuhan pengeringan di lokasi ini lebih murah, standard rm2 je skarang ni.

 

Untuk mendapatkan lokasi asrama ni sedikit leceh. Banyak yang nak kena buat. Presentation, perbincangan, tender, interview, berlawan dengan pengusaha2 lain. Tapi sekali dapat berbaloi, berpadanan dengan usaha2 yang kita buat.

 

2) Operasi dobi layan diri secara kedai dobi (shop lot)

 

Kedai2 dobi layan diri sekarang ni menjadi pilihan pengusaha2. Tak payah nak gaduh2 rebut2, pilih je tempat yang sesuai, dah boleh start. Pengguna2 skarang pun dah ramai yang memilih penggunaan mesin2 layan diri. Tak perlu kedai yang besar pun sebenarnya. Ada kedai separuh dah boleh buat kalau pandai susun atur mesin. Tu tanggungjawap pembekal macamana nak atur mesin untuk jimat space. Tanggungjawap pembekal jugak cuba minimumkan modal dengan jumlah mesin paling banyak.

 

Ni lah sedikit sebanyak macamana dobi layan diri ni berfungsi. Kami sebagai pembekal, komited untuk membantu anda dengan mencadangkan sistem paling sesuai dengan modal yang paling minimum.

 

 

Sekian.

 

Shamsudin

 

 

 

 

 

 

 

 

 


Rss_feed

PRODUCT

NCB-01 Timer box gabungan duit kertas dan syiling

HARGA RM1350

Size : 23cm x 20cm x 40cm

Hardware : 2.0 thickness metal box, BV-20, HS-636, TB-601, 12V adapter

Apply coin : Multi-coins, separate channel for different coin size

Apply notes : multi-notes with latest firmware datasets

Application : Notes / Coin operated AC/DC system like laundry, massage chair

Features

1. 3 method of payment, notes only, coins only and both notes and coins payment method.

2. More reliable with dual acceptor operation, still usable when 1 slot out of order.

3. Output cable provided and protected in stainless steel metallic hose.

4. Easy installation and integration with AC/DC machine.

5. Timer board relay and cable size capable for high capacity current application.

6. Dual thick padlock holder for higher security, best for partnership business. Each hold 1 padlock key set.


CTC-01 Coin Changer Tukaran duit kertas kepada syiling


Available in 3 size.


1. CTC-01S RM2200

Size : 23cm x 20cm x 40cm

Coin capacity :about 900pcs for old 50 cent

Notes storage :about 450pcs


2. CTC-01M RM2500

Size : 23cm x 20cm x 45cm

Coin capacity : about 1200pcs for old 50 cent

Notes storage :about 600pcs


3. CTC-01L RM2800

Size : 23cm x 20cm x 50cm

Coin capacity :about 1500pcs for old 50 cent

Notes storage :about 750pcs


Common Specification

Accepted notes RM 1 and RM 5 old and new

One coin value dispenser with 3 selection

1. Old 50 cents only

2. New 50 cents only

3. Combination of old and new 50 cents.

One token with 2 selection value

1. 50 cents

2. RM 1

Input Power - 240V, 50/60Hz,

AC Adapter : 12V 5A


Common Features

 

Wall mounted

High performance with affordable price

Compact size with high volume coin & bill storage

Low coin level indication - Notes rejected when no coins

Proprietary technology based coin dispenser provides fast, accurate & reliable coin dispensing performance

Multi-currencies supported (configurable)

Easy to maintain

Easy to load/unload coins

Built- in testing function key can be used to test the dispenser or clean out the coins


NCB-02 Timer box duit kertas


HARGA RM1200

  • Size : 20cm x 20cm x 40cm
  • Hardware : 2.0 thickness metal box, BV-20, TB-601, 12V adapter
  • Apply notes : multi-notes with latest firmware datasets
  • Application : Notes AC/DC system like laundry, massage chair

Features

1. Collection / services an be done by anyone, notes are much lighter compare to coins.
2. Output cable provided and protected in stainless steel metallic hose.
3. Easy installation and integration with AC/DC machine.
4. Timer board relay and cable size capable for high capacity current application.
5. Dual thick padlock holder for higher security, best for partnership business. Each hold 1 padlock key set.

NCB-04 Timer box duit syiling



HARGA RM600

  • Size : 20cm x 20cm x 30cm
  • Hardware : 2.0 thickness metal box, HS-636, TB-601, 12V adapter
  • Apply Coins : Multi-coins, separate channel for different coin size.
  • Application : Notes AC/DC system like laundry, massage chair 

Features

1. Multi-coins acceptance for convenience service.
2. Lower cost setup for vending machine. 
3. Output cable provided and protected in stainless steel metallic hose.
4. Easy installation and integration with AC/DC machine.
5. Timer board relay and cable size capable for high capacity current application.
6. Dual thick padlock holder for higher security, best for partnership business. Each hold 1 padlock key set.



Site Clock

PELAWAT WEB INI